# a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z

Versuri Nian di hati
- Siti Nurhaliza

Suburnyanian sukar dimadah
Mekar jiwa dilamar mimpi
Kasih sepantun tulisnya sudah
Hanya rindu ikatan hati
Berlumpur intan
Seri masih bertandang
Bagai bulan dipagar bintang.

Angin menderu ombak mengalun
Melambai daun sedang rimbun
Sarat di hati rindu ditanggung
Airmata pun tak terbendung
Dikau kusanjung
Cinta suci terulung
Di jiwaku semakin ranum.

Terpadamlah gundah di hati
Setenangnya air di kali
Hilanglah resah terpancar naluri
Janji yang diikat teguh berdiri.

Lafazlah sejujur hatimu
Setulus halusnya budimu
Damaimu sesudah gerimis
Bawa daku bersama meniti pelangi.

Ku yakin di sana menanti
Mahligai kencana abadi
Disaluti sutera asli
Selimut cinta aroma harum kasturi.

Kasihmu beraja di hati
Kasihku bertakhta di jiwa
Walaupun tiada di mata
Cintamu tetap sebati.

Sungguh bererti kasih dan sayang
Seribu sumpah kau tunaikan
Cinta berkurun kasih berzaman
Kerana sayangku turutkan
Guruh di laman
Umpamanya gurindam
Mengusap di hati yang rawan