# a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z

Versuri Masri manis
- Siti Nurhaliza

Dengar tabuk berbunyi sayup
Dengar taulan menyanyi merdu
Rindu pada desaku.

Asyik biduk dikayuh laju
Asyik unggas berlagu merdu
Masih tidak kujemu
Musim silih berganti, adat tetap di hati.

Insan berkasih bersatu hati
Ihsan dan janji menjadi budi
Usah mungkir mungkiri.

Aur dan tebing berteguh sakti
Bahu diganding saling berbakti
Pohon sehidup semati, hai pohon sehidup semati.

Manis sahut bersahut salam
Manis tamu bertamu undang
Indah dengan bahasa.

Senyum balas senyuman manis
Senyum indah menawan manis
Kasih sayang bertaut
Manis riuh di kampung, riang malam mengusik.

Ayam menegur itik, orang kampung mengejek
Ayam berlari itik jalan kedek-kedek
Hati-hati cik adik nantikan abang balik
Orang kampung berbisik, detik tak detik.

P***h ayah sebagai pejuang
Ibu di rumah tunggu cantik-cantik
Pergilah abang sebagai pejuang
Adik menanti duduk molek-molek