# a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z

Versuri Langkah di persada
- Siti Nurhaliza

Satu demi satu rahsia
Hadir menyentuh rasa
Dalam duka dalam gembira
Melangkah teruskan jua.

Di sini bermula
Genggam impian nyata
Di sini saatnya
Mencapai bintang di angkasa
Bercahaya.

Berliku jalan ditempuhi
Lautan direnangi
Selagi upaya berdiri
Satukan impian suci.

Di sini bermula
Sinar menusuk jiwa
Di sini saatnya
Mengatur langkah di persada
Bahagia.

Satu harapan dalam impian
Teguh di hati bukan khayalan
Berhias seribu kenangan
Menyulam kemesraan
Sinaran gemilang menanti
Hadir impian abadi.

Mekar bersemi ikrar di hati
Tiada kilauan mengunci diri
Selagi bersinar mentari
Tiada gentar diuji
Sinaran gemilang menanti
Hadir impian abadi