# a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z

Versuri Kaparinyo
- Siti Nurhaliza

Orang berinai berhitam kuku
Mandi dijirus si air mawar.

Jikalau sampai hasrat hatiku
Racun ku minum jadi penawar (2x).

Belum tersurat dalam hikayat
Ayam keluar mencari musang.

Belum tersirat di dalam adat
Bunga keluar mencari kumbang (2x).

Semenjak lembah bertambah dalam
Nampaknya gunung tinggi bertuah.

Semenjak sejarah hawa dan adam
Alam berkembang berubah-ubah (2x).

Hasrat nak beli dulang bertepi
Barulah moleh untuk hidangan.

Hajat nak cari yang sama sehati
Barulah molek makan sepinggan (2x).

Sungguhlah harum si bunga tanjung
Hati nak petik si bunga mawar.

Rindu dan dendam tidak tertanggung
Budi setitik jadi penawar (2x).

Sungguh melati senang dipetik
Harumnya mashyur seluruh alam.

Sungguhpun budi hanya setitik
Langit dan bumi ada di dalam (2x)