# a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z

Versuri Joget kasih tak sudah
- Siti Nurhaliza

Awan bergulung tuan di hari senja
Nampak berbalam biru warnanya
Tuan di gunung paya hamba di paya
Dalam jambangan temu ingin bersama.

Terbang serindit tuan dengan kedidi
Singgah di kayu di rumpun kayu
Kasih menitik tuan basah tak jadi
Walau bertahun rindu menanggung rindu.

Hatiku yang resah kubawa berdendang
Memujuk diri dijeling tidak
Sepantun berdendang dondanglah asmara
Cuma igauan dalam igauan.

Berdendang hamba tuan bertepuk tuan
Senyum di bibir hati terluka
Kasih diberi orang dijeling orang
Terasa hiba tidak terkira.

Sudilah tuan nyanyi bersama
Alunan lagu hai kasih tak sampai
Susunlah langkah layu di muka
Tanda di hati hai masih berdarah.

Pantun berpantun tuan, mak andam sayang
Berjual beli pantun melayu
Walau dialun tuan, gurindam sayang
Luka di hati orang tak tahu.

Kusulam kasih emas berbenang emas
Orang bertaruh baiknya rupa
Walaupun kasih balas tidak berbalas
Tidak kukesal itu jadinya