# a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z

Versuri Hati kama
- Siti Nurhaliza

(S & N)
Mengindang-ngindang padi huma
Mengindang dalam tampian
Memandang-mandang hati kama
Memandang dalam renungan
Bisik-berbisik pada pekerti mulia
Risik-merisik mana lahir asal usulnya.

(ulang S & N).

Mendengar suara lela lebur
Bertentangan mata panah arjuna
Terbayang senyuman bunga gugur
Siapa gerangan bagaikan betara.

Adakah dia hamba sahaya
Ataupun bijak mentafsir mimpi
Mungkinkah jua benar diduga
Hingga terusik hati nurani.

(Ulang S & N).

Tawanlah jiwa ku
Bebaskan sayap juwita
Turutlah janji ku
Tinggalkan segenap lara.

(2 x).

Burung yang terbang
Salam utuskan salam
Pada renungan pandang
Selayang pandang.

Bukan betara (2 x)
Atau pesona (2 x)
Insan biasa (2 x)
Ah..